Anakku....
Pada awalnya aku dijangka melahirkan anak sulungku pada 05022011..tp disebabkan aku mengalami tekanan darah tinggi semasa mengandung doktor mengesyorkan aku melahirkan bayiku lebih awal iaitu dua minngu lebih awal dari tarikh jangkaan.
Maka pada 20012011 aku disuruh oleh doktor di klinik menghuni hospital untuk melahirkan bayiku. Pada hari itu aku dihantar oleh suamiku tercinta ke Hospital Sultanah Nur Zahirah. Selepas pendaftaran aku terus dimasukkan ke wad menunggu auntuk bersalin. Doktor yang melawat aku telah memberitahu yang keesokan hari aku aku akan diberi ubat untuk mempercepatkan proses kelahiran.
Pada pkul 6.30 pg doktor telah memberi aku ubat seperti yang diberitahu..lebih kurang pkul 12 tghri aku mula rase sakit menandakan akan berlaku kelahiran..tp lame juga aku menunggu..lbih krang pkul 6ptg baru pecah ketuban dan aku terus disorong ke dewan bersalin..walaupun sakit teramat sangat tp tiada tanda bayiku boleh dikeluarkan. Ketika itu aku diberitahu bayiku sudah hampir lemas dan pembedahan terpaksa dilakukan untuk menyelamatkan bayiku. Suamiku dipanggil untuk persetujuan pembedahan.
Selepas itu aku disorong pula ke dewan pembedahan. Pembedahan tanpa dirancang terpaksa dilakukan, pada masa itu hanya Allah saje tempat aku mengadu..xdapatku gambarkan ketika pembedahan dilakukan kesakitan tetap terasa walaupun aku telah dibius separuh badan..hanya nama-Mu Ya Allah meniti di bibirku..teringat ibubapa yang telah tiada..teringat suamiku yang sedang menunggu di luar..teringat anakku yang bakal dilahirkan dan teringat maut menanti..Ya Allah Selamatkan lah aku....Syukur alhamdulillah selepas bayiku berjaya dikeluarkan doktor menunjukkan kepadaku lalu menitis airmataku..syukur ya Allah aku dapat bernafas lagi..
Namun kesedihan tetap terasa anakku terpaksa dihantar ke wad lain..2 hari kemudian aku dibenarkan pulang tapi anakku terpaksa tinggal di wad lagi..keesokkan hari baru anakku dibenarkan pulang.. MUHAMMAD ZHARIF ADHAM BIN ZALMAN itulah nama yang diberi kepada anakku.
"Orang Baru"
By Nurcahaya
Subscribe to:
Posts (Atom)
