"Orang Baru"

Anakku....

      Pada awalnya aku dijangka melahirkan anak sulungku pada 05022011..tp disebabkan aku mengalami tekanan darah tinggi semasa mengandung doktor mengesyorkan aku melahirkan bayiku lebih awal iaitu dua minngu lebih awal dari tarikh jangkaan.
      Maka pada 20012011 aku disuruh oleh doktor di klinik menghuni hospital untuk melahirkan bayiku. Pada hari itu aku dihantar oleh suamiku tercinta ke Hospital Sultanah Nur Zahirah. Selepas pendaftaran aku terus dimasukkan ke wad menunggu auntuk bersalin. Doktor yang melawat aku telah memberitahu yang keesokan hari aku aku akan diberi ubat untuk mempercepatkan proses kelahiran.
      Pada pkul 6.30 pg doktor telah memberi aku ubat seperti yang diberitahu..lebih kurang pkul 12 tghri aku mula rase sakit menandakan akan berlaku kelahiran..tp lame juga aku menunggu..lbih krang pkul 6ptg baru pecah ketuban dan aku terus disorong ke dewan bersalin..walaupun sakit teramat sangat tp tiada tanda bayiku boleh dikeluarkan. Ketika itu aku diberitahu bayiku sudah hampir lemas dan pembedahan terpaksa dilakukan untuk menyelamatkan bayiku. Suamiku dipanggil untuk persetujuan pembedahan.
      Selepas itu aku disorong pula ke dewan pembedahan. Pembedahan tanpa dirancang terpaksa dilakukan, pada masa itu hanya Allah saje tempat aku mengadu..xdapatku gambarkan ketika pembedahan dilakukan kesakitan tetap terasa walaupun aku telah dibius separuh badan..hanya nama-Mu Ya Allah meniti di bibirku..teringat ibubapa yang telah tiada..teringat suamiku yang sedang menunggu di luar..teringat anakku yang bakal dilahirkan dan teringat maut menanti..Ya Allah Selamatkan lah aku....Syukur alhamdulillah selepas bayiku berjaya dikeluarkan doktor menunjukkan kepadaku lalu menitis airmataku..syukur ya Allah aku dapat bernafas lagi..
     Namun kesedihan tetap terasa anakku terpaksa dihantar ke wad lain..2 hari kemudian aku dibenarkan pulang tapi anakku terpaksa tinggal di wad lagi..keesokkan hari baru anakku dibenarkan pulang.. MUHAMMAD ZHARIF ADHAM BIN ZALMAN itulah nama yang diberi kepada anakku.

Category: 0 comments

Khabar GembiraVsSedih&Syukur

300610..aku dapati diri ini telah hamil anak sulung..menurut doktor usia kandunganku 8mggu..alhamdulillah.. Suamiku kelihatan gembira menerima berita ini..Yalah,suami mane tak suka bila mndpt tau isteri mengandungkan zuriatnya..Semoga dgn kehadiran "org baru" nanti akan mengeratkan lagi hubungan kami suami isteri.. Amin..

110710..aku bertugas di PPDHT mmbuat persiapan Majlis Penyampaian E-book Murid Th5 pd 120710. Slps hbis taklimat,dlm pjalanan pulang aku mengalami pendarahan..ketika itu aku merasa takut dan bimbang jika membawa kesan kepada bayiku..aku segera dikejarkan ke Hospital Hulu Trg..Alhamdulillah..doktor mengesahkan yg bayiku selamat.. aku ditahan di wad selama 3hari..

071110..kandunganku sudah berusia 27mggu..kira2 7bln..aku sabar menanti kelahiran bayi sulungku yang dijangka lahir pada 050211 nanti..Harapanku agar aku selamat melahirkan anak kami..Ya Allah Bantu la hamba-Mu yg lemah ini..berilah aku kekuatan dan kesabaran untuk menempuh dugaan-Mu Ya Allah..Amin..

Category: 1 comments

Percutian di Pulau Langkawi

Hai ape kabo kwn2...minggu ni aku nk cerita psl percutianku di Langkawi. Sebenarnya sebelum kahwin lg dh merancang nk g Langkawi ni.. Rancang punya la rancang...12hb Mac 2010 baru jadi pergi..
Mengikut plan awal sepatutnya aku dan suami aje yg pergi..tp entah kenapa suamiku mengajak ahli keluarganya turut serta dalam percutian ini..kononya untuk mengeratkan lg hubungan aku dgn ahli keluarganya....
Pada 11 Mac yg lalu kami beramai-ramai berkumpul di rumah kakak sulung suamiku di Felcra Bukit Kepah. Tidor mlm pun lbih krg stgh jam je dh terpaksa bgn kerana nk bertolak ke Langkawi pukul 3 pg..  Hr tu kami pergi dgn sebuah van dan 3 buah kereta dari Terengganu campur 2 buah lg kereta dari Kuala Lumpur.
Campur semua org kecil besar kira2 36 org...Awal pg lam 8 lbih kami dh sampai kat puncak Greek..sejuk bukan main lg.. Rehat2 kejap kat situ sambil pekena Nasi Lemak yg disediakan oleh Kakak Iparku...
Kemudian kami teruskan perjalanan sehingga sampai di jeti Kuala Perlis lbih krg dlm pkul 1.30 tghari..n tinggalkan kenderaan kat sewa parking,  kemudian duk lepak2 kat stu smbil mnunggu 2buah kereta yg belum sampai dr Kuala Lumpur.
Selepas diorg smpai bru kami menaiki Feri pukul 4 ptg untuk bertolak ke Pulau Langkawi... Dah sampai kat pulau tu lbih krg kul 5 lbih dah.. lps tu naik bas yg dh disewa ke tempat penginapan. Kami menginap di Istana Kondo. Sampai kat kondo tu kat kul 7 dah...Fuyyyoooo..xtau nk ckp la cmne..kondo 3bilik duk kongsi 36org...huhuhuhu..............Perut berkeroncong ape lg, g makn dlu la kat warung dpn kondo tu je.. heheehe.Tidor malam tu xlena sebab diganggu suara si kecik 3 org menangis bergilir-gilir..tersampuk agaknya la kata org tua-tua..
Hari pertama 13Mac kat Pulau Langkawi kami pergi naik Cabel Car..mcm2 ragam la..xtau nk cerita gak..duk lam Cabel Car tu kecut perut2.. Tp alhamdulillah semuenya selamat... Kiranya dh merasa la naik kereta kabel yg org cerita sgt2 tu.. sb klu pergi Langkawi xsah klu xnaik kereta kabel...
Lps tu ktorg pergi Kota Mahsuri plak... dah xde ape yg menarik kat stu..beras terbakar pun xnpk beras terbakar dah.. Rumah Mahsuri n Makam Mahsuri ade lg... Telaga Mahsuri pun ade lg... Kemudian kami singgah kat tempat proses myk gamat.. pah tu blik ke kondo..nk g shoping2 xlarat dah..
!4 Mac kami duk rehat2 je kat kondo satu hari... lps asar bru keluar shoping2 kat Pekan Kuah... Aku shoping sket2 je... org lain xigt dunia dh tah ape2 diborongnya pun aku xtau laaa.... Aku sempat juga jalan2 kat Dataran Lang yang ade Helang besor tu.... Nt aku post gambar2 utk korang tgk... hehehe....
15 Mac lbh krg kul9 pg kami dh cekout dari kondo sb nk blik Terengganu dah.. lps sarapan kami naik bas bertolak ke jeti Pekan Kuah.. pas tu naik feri sampai ke jeti Kuala Perlis. Kemudian kami naik kenderaan masing2 dan terus bertolak balik. Dlm perjalanan kami berhenti di Hentian Gurun utuk bereha-rehat dan makan2... dh dkt kul5 ptg kami smbung perjalan balik...
Kami sempat juga singgah di Bukit Bunga utk makan mlm dan shoping sket2 agi.. Sampai kat Bukit Bunga lbih krg kul 8 mlm.. kul 10lbh kami smbung perjalanan balik ke Terengganu. Kira2 kul 1.30 pg kami sampai di Felcra Bukit Kepah penat giler rehat2 n tidor la jwpnya. Walau cmne pun TERIMA KASIH kepada suamiku kerana dia aku sampai juga ke Pulau Langkawi... Sekian.. Nurcahaya.2010.

Category: 1 comments

Jalan-Jalan di Langkawi

  Di Puncak Greek         

Kondo Istana - Tempat penginapan kami di Langkawi

Dalam Cabel Car

Makam Mahsuri
Telaga Mahsuri

Category: 0 comments

Le Tour de Langkawi..

Langkawi...
Dah lame aku berangan nk pergi Langkawi..akhirnya termakbul jugak. Walaupun hati tidak la suka sgt ketika hendak ke sana..tp aku akan pergi juga..kerana smua sudah dirancang dan perlu dilaksanakan. Anyway..harap semuanya selamat...Langkawi..tunggula kedatangan aku ye...

Category: 0 comments

TERIMA KASIH

Salam...hehe..baru buleh tukar template blog aku ni..
lame doh aku try dok jadi2..malam ni jd jugok lps belajor dgn kawan baik aku siang td..tu pun belajor melalui cating je..TERIMA KASIH CIKGU..(Rosmasuriati)glamor beto kwn aku kat blog aku ni..kakakaka...byk lg aku nk belajor gn mu benornya..hehe...

Category: 0 comments